Dapat Kancil badan berjalur,
Biar carik baju di badan,
Asalkan hati bersih dan jujur.
Ramai orang menggali perigi,
Ambil buluh lalu diikat,
Ilmu dicari tak akan rugi,
Buat bekalan dunia akhirat
Begitulah halus dan tinggi seni peradaban bangsa Melayu. Bermadah pujangga dan berpantun seloka apabila berbicara.Semoga "Takkan Melayu hilang di dunia" akan kekal hingga ke akhirnya. Salam pertemuan buat sekalian kalinya. Bicara terakhir tentang siapa di sebalik nama pena Tok Awang Ngah kini bersambung ceritera. Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus menunaikan kewajipan dalam melaksanakan ibadat pekerjaan di pejabat, akhirnya terhidang ruang untuk berkongsi bicara. Lambat bukan disengajakan cuma turut memberi ruang dan peluang kepada kenalan tokoh yang dibicarakan untuk bersama dalam berkongsi kisah dan pengalaman yang mungkin sekelumit cuma yang mengetahui. Sememangnya, sukar untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki lantaran tokoh yang dikisahkan telah terlebih dahulu pergi meninggalkan kita.
Sebagaimana yang telah saya maklumkan sebelum ini, watak 'ustaz' atau 'Tok Awang Ngah' (TAN) dalam Siri Berkelahi Dengan Syaitan adalah Allahyarham Abdul Muluk Bin Daud. Bagi peminat ustaz, saya sertakan wajah beliau bagi menghilangkan tanda tanya siapakah dan bagaimanakah gerangan dan wajah penulis yang begitu terkenal pada sekitar tahun 1980an.
Pada kesempatan ini juga, sekalung penghargaan dan terimakasih yang tidak terhingga kepada sahabat saya, YM Raja Norazli, Ketua Penolong Pegawai Daerah Jelebu serta Ybhg Tn Guru Ustaz Nazri atau Ayi (merupakan murid kepada ayah ustaz iaitu Alahyarham Dato Haji Sati bin Haji Daud) serta Saudara Tamar Jalis atau Abang Mad yang telah memberi panduan dan pedoman siapa yang patut saya temui bagi mencungkil dan mengenali TAN dengan lebih dekat.
Namun, saya ingin memohon maaf kerana beberapa tokoh yang pernah bersama ustaz tidak dapat dikesan seperti siapa Alang Bumin dan lain-lain watak dalam kisah Berkelahi Dengan Syaitan (BDS). Apa yang dimaklumkan kepada saya ialah terdapat watak-watak yang turut telah terlebih dahulu pergi meninggalkan kita. Nama samaran yang digunakan turut menyulitkan proses mengumpul maklumat kenalan, sahabat serta keluarga ustaz. Terdapat juga maklumat yang mengatakan mungkin Alang Bumin pernah menetap di Kampung Peradong, Jelebu semasa hayatnya. Walau bagaimanapun, saya tetap mengharapkan agar sesiapa dari kalangan pembaca yang mengenali arwah atau keluarga serta sahabat arwah bolehlah berkongsi apa jua maklumat bagi pengetahuan bersama.
Dalam pencarian, saya dimaklumkan tentang dua pendapat tentang ustaz iaitu pertama, tidak semua kisah yang disajikan merupakan pengalaman arwah sendiri dalam mengubat pesakit. Bahkan, terdapat cerita yang digarap merupakan pengalaman sahabat arwah sendiri. Saya bersependapat dengan pandangan ini kerana terdapat kisah Saudara Kadir Misai (nama samaran sahabat arwah) mempunyai persamaan dengan kisah orang yang mempunyai ilmu boleh bertukar menjadi harimau, apabila meninggal akan menjelma menjadi harimau sekiranya beberapa syarat tertentu tidak dipatuhi. Sebagai contoh, saudara Kadir Misai menceritakan bahawa arwah bapa beliau boleh berubah menjadi harimau apabila keadaan memerlukan. Menurut beliau sesiapa yang mempunyai ilmu ini bisa bertukar menjadi harimau setelah meninggal kelak. Walau bagaimanapun, tidak semua pengamal ilmu ini akan bertukar menjadi harimau apabila jenazah telah dikebumikan.
Kisah ini ada persamaan dengan salah satu kisah yang dipaparkan iaitu seorang guru agama sebelum meninggal dunia telah sempat berpesan kepada seorang anak murid kanan agar menunggu di kubur beliau pada kiraan hari tertentu dengan membaca ayat suci al Quran. Malangnya, setelah beberapa hari menunggu, dek kerana terlalu takut dengan ujian yang melanda, beliau telah meninggalkan kubur arwah guru sambil menyorok di atas sebatang pokok yang sekira-kiranya boleh melihat kubur gurunya. Alangkah terperanjatnya beliau apabila melihat kubur gurunya telah didatangi oleh harimau yang menggali serta menjilat jenazah gurunya sehingga tiba-tiba terpacul seekor harimau keluar dari kain kapan. Kedua-dua ekor harimau tersebut terus berlalu pergi menghala ke hutan yang berdekatan. Jelas terdapat persamaan di antara kedua kisah. Cuma sebagai penulis ustaz berkeupayaan untuk mempersembahkan dengan teknik penulisan yang lebih menarik.
Kedua, terdapat juga pandangan yang mengatakan bahawa ustaz sebenarnya tidak mengubat atau tidak mempunyai kemahiran untuk mengubat pesakit yang diganggu makhluk halus. Namun, saya berkeyakinan bahawa ustaz berkemampuan untuk mengubat kerana ustaz pernah menjadi Penolong Setiausaha Agung Silat Nasrul Haq. Dinyatakan juga ustaz permah berguru dengan Allahyarham Prof Muchtar Lintang. Prof sememangnya terkenal suatu ketika dulu kerana menjadi Penasihat Silat Nasrul Haq yang cukup dikenali sehingga kini. Aliran silat ini dilihat lebih dikenali dari silat yang sama aliran iaitu silat yang mengamalkan jurus kebatinan. Kemampuan Prof untuk mengubat pesakit dengan menggunakan teknik tidur turut digunakan oleh ustaz apabila mengubati pesakit dalam kisah BDS. Sehubungan dengan itu, saya merasa yakin dan percaya bahawa ustaz turut mempelajari serta menguasai ilmu tersebut.
Selain dari itu, terdapat kisah di mana ada ahli persilatan tersebut telah menjurus ustaz ketika berjalan masuk bersama ayahanda beliau ke dewan Muktamar Silat Nasrul Haq. Ahli tersebut tidak menyangka ustaz turut mempunyai 'isi' lalu menjurus ustaz secara sembunyi. Namun, alangkah terperanjatnya beliau apabila telah terpelanting sehingga tercedera lutut dan sikunya. Ahli yang ditemui setelah tamat muktamar telah mengakui bahawa beliau memang berniat untuk menguji ustaz lantaran ustaz memegang jawatan sebagai penolong setiausaha sambil tidak menyedari bahawa ustaz merupakan anak Dato Sati Daud.. Ini menunjukkan bahawa ustaz sememangnya berisi setelah menuntut dengan Prof. Bersama-sama ini saya turut menyertakan gambar Prof Muchtar Lintang untuk tatapan bersama.
Selain dari itu, saya turut berkesempatan menemui salah seorang murid Prof yang telah sempat menuntut sebelum Prof meninggal dunia. Murid tersebut telah memaklumkan bahawa ilmu yang diperolehi oleh Prof berasal dari Mesir iaitu ketika Prof menuntut di sana. Murid tersebut turut mempelajari teknik mengubat ketika tidur dan bersedia untuk menurunkan kepada sesiapa yang benar-benar berminat.
Saya turut menyertakan gambar Presiden Silat Nasrul Haq iaitu Tan Sri Haji Abdul Samad Idris bagi tatapan bersama. Kedua-dua tokoh ini telah berganding bahu dalam mengembangkan aliran silat ini sehingga menjadi begitu popular pada sekitar tahun 1960an. Walau bagaimanapun, aliran silat ini telah diharamkan oleh pihak Kerajaan kerana terdapat pertentangan dengan agama Islam. Namun, khabarnya, ramai di luar sana masih mengamalkan serta mempelajari ilmu ini dengan secara sembunyi atau bergerak dengan menggunakan nama silat lain. Wallahualam.
Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Satu keadaan yang sememangnya pasti. Semoga apa yang dipaparkan selama ini bisa memberi sesuatu yang boleh memberi kebaikkan atau sekurang-kurangnya boleh memenuhi masa lapang atau santai saudara dan saudari yang diredhoi sekalian. Segala yang baik dari Allah, yang buruk adalah jua dari izinNya jua, atas pilihan kita sendiri. Kalau kurang mohon ditambahkan, kalau silap mohon diperbetulkan, kalau salah mohon dimaafi, niat dihati cuma ingin berkongsi, apa yang selama ini menjadi rahsia hati, agar boleh dimanafaati oleh sekalian pembaca yang dirahmati.
Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah bersarang dirumpun buluh,
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah menyusun jari sepuluh.
Dari mana hendak ke mana,
Tinggi rumput dari padi,
Hari mana bulan mana,
Dapat kita bertemu lagi.
Semoga bertemu lagi di lain paparan menjejak TOKOH KETIGA. Tidak lupa juga, salam penuh takzim buat Saudara Zairul dan terimakasih atas sokongan dan komen anda. Sekian. Wabilahi Taufik Wal Hidayah Wassalam Mualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Sekiranya tuan berpendapat ustaz ini adalah Allahyarham Abdul Muluk b Daud, kemungkinan besar ilmu yang dimiliki oleh ustaz telah diturunkan kepada anak-anaknya. Berpuluh tahun kita mencari siapa Tok Awang Ngah, namun baru kini terbongkar sedikit kisahnya. Mohon tuan dapat jejaki anak-anak ustaz untuk kita sahihkan lagi siapa sebenarnya ustaz @ Tok Awang Ngah dan kita juga mengharap segala ilmu dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh generasi akan datang. Wassalam.
ReplyDeleteWslm. Kisah Tok Awang Ngah sudah sampai ke penghujung. InsyaAllah, perincian hanya akan saya buat di lain platform bagi menjaga hati dan perasaan kaum keluarga. Tk atas titipan terhadap Suatu Pencarian..
Deletesaya tak tahu bagaimana nak berbicara,perkara sedang berlaku,kalau bolih en. Wan_mud hubungi saya di email zuliza69.zl@gmail.com
Deleteada cerita saya nak beritahu dan tanya,
kerjasama en wan_mud amatlah saya hargai...
Mesti saudara dapat kesan ahli keluarga Ustaz? anak-anaknya @ anak murid beliau? saya rasa sdra abdul muluk ni cuma penulis cerita atau penglipur lara. Sebab ada dalam wikipedia, tok awang ngah ni nama sebenarnya abdul latif ahmad. Tp jika sdra dapat kesan bapa, datuk Tok awang ngah, pasti anak dan waris beliau dpt saudara kesan....
ReplyDeleteKaum keluarga memang sudah dapat dikesan. Cuma ruangan ini tidak sesuai untuk membincangkannya..
DeleteSalam, Alfatihah untuk Arwah jika benar telah meinggal dunia.
ReplyDeleteKalau saya nak belajar perubatan tidur nie kat siapa saya boleh rujuk.
email saya payaikan@yahoo.com.
alfatihah buat tok awang ngah, tok aki dan keluarga..
ReplyDeletesaya telah mengikuti SBDJ dari awal buku tersebut diterbitkan sekitar tahun 1984 hingga buku tersebut tidak lagi diterbitkan. banyak ilmu2 agama yang menampakkan kebesaran Allah, sesungguhnya saya ingin mempelajari dan berguru dgn anak-anak murid yang pernah menuntut dgn tok awang ngah ini sejak kerana banyak menggandungi kepada tarikat. kepada yang boleh membantu dapatlah menghubungi melali email roslanratu@gmail.com
Inna lillah hi wa inna lillah hi rojiun..taqabalallah hu minna wa minkom...alhamdulillah dan terima kasih cikgu atas usaha yang dilakukakan menjejaki tokoh2... Alang -PDI JHEAINS-
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Sya sgt bminat dgn pnulisan allahyarham... Bole sya tahu d mna tempat utk sya dpt kn bku2 pnulisan beliau... ? Trma kasih...
ReplyDeleteTERIMA KASIH SAUDARA,.
ReplyDeleteAssalamualaikum...aruah bapa saya ahli silat nasrul haq dan menjadikan rumah kami tempat pertemuan para ahli hinggalah seni silat tu diharamkan...ALFATIHAH BUAT SEMUA AHLI.
ReplyDeletesalam tuan syeikh... kalau tidak keberatan, blhkah bagi maklumat murid TAN yang mewarisi ilmu rawatan cara tidur kepada saya di mann@ukm.my. saya memang amat berminat utk mempelajari ilmu rawatan islam ini sejak pertama kali membaca buku TAN ini... terima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum,saya telah mempelajari dan mengamalkan amalan nasrulhaq sejak sekian lama.Saya ketahui amalan doa tambahan iaitu ayatul hirzi iaitu ayat2 perubatan yang digunakan dalam buku tok awang adalah ayat2 yang sama diturunkan oleh guru saya.Guru saya mengatakan beliau mengambil ayat2 tersebut dpd prof mukhtar lintang sendiri.Saya mengambil amalan nasrul haq ini dpd tiga org guru yang berlainan.Salah seorang dpdnya pernah menunjukkan cara amalan tidur ini tetapi bukan sesi rawatan tetapi permainan jurus di mana musuh yang menyerang ditidurkan oleh guru yg menjadi jurulatih ketika itu.Saya juga sedikit sebanyak menyemak siri bercakap bkelahi dgn syaitan dan kuat jatuh sangkaan saya watak habib (alang bumin) dan mamak bandaro itu ialah Allahyarham ed osmera dan tan sri samad idris.wallahualam.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deleteassalamualaikum sy dikhabarkan bahawa tok awang ngah telah meninggal dunia beberapa tahun lepas. betul ke?
ReplyDeleteAssalamua'laikom....!!! Saudaraku Sekelian...., Kepada Pecinta Ilmu... saya ingin menambahkan lagi Maklumat yg saya dapat mengenai ilmu rawatan secara tidur ini...., Mengikut Guru saya yg lain...,ilmu rawatan secara tidur ini juga...ada didalam Perubatan Darus Syifa-Dr.Haron Din,...Tetapi cuma diajarkan sewaktu mula-mula D.Syifa ditubuhkan dulu..., Kemudiannya...Diharamkan/Dilarang/ oleh TG Datuk Haron Din... dan beliau tidak mahu mengambil risiko...kerana ilmu ini banyak mudarat.! Dan dipercayai juga beliau mengambilnya,dari Prof.Muchtar Lintang.......WalLAHhua'lam...!!!!!
ReplyDeleteInnalillahi wa inna ilaihirajiun. Semoga almarhum ditempatkan dalam golongan orang soleh. Saya meminati SBDS oleh TAN dan tertanya-tanya kenapa agaknya dah lama tak kelihatan buku tulisannya sekarang ini. Saya pernah memiliki buku-buku SBDS ini malangnya telah dipinjam oleh sesorang yang saya tidak ingat lagi tanpa mengembalikannya kepada saya. Saya juga tertanya-tanya siapa gerangan TAN. Alhamdulillah, terima kasih kepada penulis blog ini. Jazakallah...
ReplyDeleteAtuk saya bukan datuk haji sati bin haji daud. yang sebetulnya haji daud bin haji ahmad. datuk sati itu hanya gelaran dalam masyarakat di kampung petaling, jelebu. kalau saudara ada mengenali ust. ayie, bolehlah ajak dia berjumpa dgn puan safiah bt jatinsekian, terima kasih
ReplyDeleteSaya pernah berjumpa dgn pakcik Abdul Latif waris almarhum di Senaling.Cuma x dpt berbincang dengan jelas tentang siapa T.A.N yg sebenarnya.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTok aji meninggal pada 1939 manakala Allahyarham abd muluk lahir pada 1947.Di dalam buku SBDS ada diceritakan pengalaman2 ustaz dengan tok ajinya dan beliau mendakwa beliau adalah cucu kesayangan tok aji.Bagaimana ini boleh berlaku kalau beliau sendiri tidak pernah bertemu dengan tok aji?
ReplyDeleteSiapa pula abd latip b ahmad atau lebai awang yg dikatakan sebagai tok awang ngah di dalam wiki dimana penulis wiki mendakwa telah menemui beliau sendiri.
Siapakah tok awang ngah yg sebenar,abd muluk(dharmala ns) atau abd latip(lebai awang)?
Abdul Muluk adalah seorang penulis kreatif. Maka tidak hairanlah kalau Allahyarham mampu menulis sesuatu kisah dengan mengolah cerita yang didengarnya daripada orang lain.
DeleteRomosa
Bila sesuatu dirahsiakan, tetap akan menjadi satu rahsia. kita yang hidup, bila dibongkarkan rahsia seseorang yang sudah tiada, bermakna kita juga telah melanggar amanahnya. Suka saya terangkan, tuan-tuan yg membongkar kisah hidup TOK AWANG NGAH akan menjadikan seluruh keluarga TOK AWANG NGAH akan dicari kelak oleh sesetengah pihak satu hari nanti.Ini mnjadikan hak privasi keluarga TOK AWANG NGAH diceroboh.Mesti ada sebab mengapa TAN merahsiakan walaupun mereka yang menceritakan perihal TAN, brtujuan utk mndapatkan publisiti.Sekiranya gambar tersebut bkn TAN, tuan-tuan tidak fikir pula jika keluarga di gambaran tersebut akan saman tuan-tuan pula? Minat biar kena caranya. PRIVASI tetap PRIVASI...Fikir-fikirkanlah
ReplyDeleteSaya setuju dengan pandangan saudara Tobeng 2, harap penulis lebih berhati-hati dalam mencari siapakah TAN yang sebenarnya, dikhuatiri ada pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh. Pada pandangan saya ilmu perubatan cara tidur ini perlu bimbingan jitu dari guru yang mahir menggunakan kaedah itu kerana untuk membebaskan diri tajalli dari badan dengan suatu tujuan tertentu adalah sukar melainkan dengan kehendak Allah, sebagai contoh bila kita tertidur rawan atau diri tajalli itu keluar tanpa dapat dikawal atau ditentukan tujuannya oleh kita..Jika ada guru yang berkemahiran dalam bidang ini saya juga ingin belajar.
ReplyDeletemeraga sukma + sukma sejati ader persamaan tak ?
ReplyDeletehttp://misjam.blogspot.my/2012/12/bajang-apa-dia-sebenarnya.html
ReplyDeletehttp://andongmisnon.blogspot.my/2011/05/cakap-cakap-tentang-mistik.html
ReplyDeleteHurmmm...berminat nk tahu ni
ReplyDeleteHurmmm...berminat nk tahu ni
ReplyDeleteHurmmm...berminat nk tahu ni
ReplyDeleteHurmmm...berminat nk tahu ni
ReplyDeleteAyah saya Abdul Muluk bin Daud bukanlah uztaz atau pun mahir dalam perubatan Islam ini. Dia cuma seorang penulis. Sepanjang yang saya tahu, dia bukanlah Tok Awang Ngah watak dalam buku ini. Dia cuma penulis cerita sahaja.
ReplyDeleteKau kaki minum ketom . Tak payah la nak menyamar sebagai anaknya
ReplyDelete