Salam hormat dan penuh takzim kepada saudara-saudara yang dirahmati Allah sekalian. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat Illahi kerana masih diberi ruang dan peluang untuk berkongsi pengalaman bersama tokoh. Pada kesempatan ini saya ingin berkongsi maklumat mengenai siapa dia penulis yang menggunakan nama pena Tok Awang Ngah dalam siri Berkelahi Dengan Syaitan.
Maklumat yang saya perolehi adalah daripada temuramah dengan sahabat-sahabat 'ustaz' sendiri. Di antaranya adalah saudara Tamar Jalis, saudara Kadir Misai, Tok Busu dan Ustaz Nazri atau Ustaz Ayi. Nama sebenar 'ustaz' adalah saudara Abdul Muluk bin Hj Daud. Walaupun saya tidak berkesempatan menemui beliau kerana Allah swt terlebih dahulu menjemputnya kembali kira-kira dua tahun lepas, namun saya berkesempatan menemui beberapa sahabat beliau di Kampung Triang, Jelebu. Di situlah saya dimaklumkan bahawa 'ustaz' adalah juga dikenali sebagai Dharmala NS, seorang sasterawan yang pernah memenangi Sayembara Novel Yayasan Sabah, GAPENA tahun 1979. Tidak hairanlah mengapa beliau dan saudara Tamar mampu menterjemahkan pengalaman hidup dengan begitu baik melalui karya masing-masing. Ini adalah kerana mereka terbabit secara langsung dalam dunia penulisan. Marilah kita sama-sama menghadiahkan al Fatihah buat 'ustaz' semoga roh beliau tergolong dalam orang-orang yang beriman.
Bapa 'ustaz' merupakan seorang bekas Pegawai Pertanian di Jelebu pada tahun 1943 sehingga 1945 dan selepas itu menjadi guru sehingga tahun 1964. Bapa beliau turut aktif dalam politik di samping menjadi dato' adat yang bergelar Dato' Sati. Berkebolehan dalam mengubati penyakit secara perubatan Islam yang dipelajari dari ayah beliau iaitu Sheikh Hj Ahmad bin Sutan Muda Sheikh Hj Salim yang turut dikenali sebagai 'Tok Aji' dalam siri Berkelahi Dengan Syaitan. Kisah 'Tok Aji' turut menjadi salah satu bahan cerita dalam karya 'ustaz'. Maka tidak hairanlah jika 'ustaz' turut terkena tempiasnya apabila turut mempunyai bakat dalam perubatan Islam. Tambahan pula 'ustaz' turut rapat dan berguru dengan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Tan Sri Abdul Samad Idris iaitu pengasas dan juga presiden Silat Nasrul Haq. Ketika itu, 'ustaz' turut dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung Nasrul Haq. Prof Muchtar Lintang turut menjadi guru 'ustaz' dan melalui beliau lah, 'ustaz' mempelajari kaedah berubat melalui tidur iaitu kaedah yang diceritakan dalam siri Berkelahi Dengan Syaitan apabila ingin mengesan punca sesuatu penyakit.
Kaedah mengesan penyakit melalui tidur ini merupakan kaedah yang puas saya cari selama ini dan saya akan bertanya dengan mana-mana sahabat 'ustaz' yang diketahui pernah mengubati penyakit bersama-sama beliau. Malangnya, beberapa sahabat 'ustaz' yang ditemui memberi jawapan yang bukan saya harapkan. Lantas saya redha dan beranggapan bahawa ilmu tersebut mungkin tak dapat saya pelajari. Alhamdulillah, sesungguhnya Allah swt itu Maha Pemurah dan Maha Pengasihani kerana setelah puas mencari, akhirnya pada hari ini saya ditemukan dengan seorang guru yang pernah mempelajari kaedah tersebut daripada Prof Muchtar Lintang sebelum Prof pulang ke Indonesia dan menghembuskan nafas terakhir beliau InsyaAllah, di lain kesempatan saya akan cuba berkongsi dengan saudara-saudara yang dirahmati Allah swt sekalian berkenaan ilmu tersebut.
Pendedahan siapa 'ustaz' dalam siri Berkelahi Dengan Syaitan bukanlah berhasrat untuk menyinggung mana-mana pihak yang mungkin selama ini berhasrat untuk menyembunyikan identiti 'ustaz'. Ribuan ampun dan maaf jua saya pinta dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki seandainya niat saya ini salah di mata mana-mana pihak. Semoga berjumpa di lain kesempatan mengenai kisah yang berkisar mengenai Tok Awang Ngah, satu karya yang pernah mendapat tempat di hati ramai peminat siri seram. Salam hormat dan penuh takzim.
salam...bole lawati www.bentengjiwa.blogspot.com owner blog tu tahu kaedah seperti " ustaz" bole juga belajar dgn dia
ReplyDeleteBila sesuatu dirahsiakan, tetap akan menjadi satu rahsia. kita yang hidup, bila dibongkarkan rahsia seseorang yang sudah tiada, bermakna kita juga telah melanggar amanahnya. Suka saya terangkan, tuan-tuan yg membongkar kisah hidup TOK AWANG NGAH akan menjadikan seluruh keluarga TOK AWANG NGAH akan dicari kelak oleh sesetengah pihak satu hari nanti.Ini mnjadikan hak privasi keluarga TOK AWANG NGAH diceroboh.Mesti ada sebab mengapa TAN merahsiakan walaupun mereka yang menceritakan perihal TAN, brtujuan utk mndapatkan publisiti.Sekiranya gambar tersebut bkn TAN, tuan-tuan tidak fikir pula jika keluarga di gambaran tersebut akan saman tuan-tuan pula? Minat biar kena caranya. PRIVASI tetap PRIVASI...Fikir-fikirkanlah
ReplyDeleteshhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
DeleteAwak yg komen pasal privasi ni mungkin hendakkan habuan kot...cakap biar terus terang je
ReplyDeleteAssalamualaikum penulis blog saya sgt berminat teknik perubatan cara tidur..mcm mana cara saya utk menghubungi penulis..harap sangat..tq
ReplyDeleteBlh e-mail saya di habibsayang82@gmail.com
ReplyDeletesalam.. teknik ini memang menarik. boleh saya belajar dari tuan?
ReplyDeleteAlhamdulillah, banyak manfaat cerita Tok Awang Ngah. Sekarang pun saya masih baca kisah-kisah yang beliau tulis. Rasa real dan kagum pada beliau.
ReplyDelete