Thursday, 3 November 2011

Siapa Tok Awang Ngah 2

Salam pertemuan buat saudara-saudari yang diredhai Allah swt sekalian. Dalam memperkatakan siapa Tok Awang Ngah, saya teringat kata-kata saudara Tamar apabila ditanyakan adakah saudara Tamar ada menyimpan gambar datuknya. Saya bercadang untuk berkongsi gambar datuk beliau bersama dengan peminat-peminat siri SBDJ. "Orang dulu jarang bergambar" ujar saudara Tamar. Jawapan yang sedikit menghampakan. Namun, menurut beliau, gambar datuknya hampir sama seperti yang diilustrasikan dalam buku terawal siri SBDJ. Jadi, peminat yang menyimpan koleksi awal bolehlah melihat kembali gambar yang dilukiskan atau layari laman web bawah koleksi siri SBDJ.



Kembali kita kepada cerita Tok Awang Ngah. Di antara watak penting yang menjadi bahan penceritaan 'ustaz' adalah kisah Tok Aji. Tok Aji merupakan datuk 'ustaz'. Nama beliau adalah Tn Hj Ahmad bin Hj Salim. Lahir pada tahun 1853 di desa Kubu Sembilan, Kota Bangun, Kuok di Kabupaten Kampar, propinsi Riau, Indonesia. Tok Aji adalah seorang guru pesantren yang turut menjadi Syeikh Haji iaitu yang menyelaras jemaah haji dari Indonesia, Singapura serta Malaysia terutamanya dari negeri Johor. Beliau yang turut dikenali sebagai Tn Guru Hj Mat Kampar pernah mendirikan rumahtangga dan yang terakhir bersama Hjh Aminah Bt Hasan yang ketika itu berumur 18 tahun manakala Tok Aji berumur 60 tahun.Hjh Aminah dilahirkan pada tahun 1895.

Dikatakan bahawa Wak Hasan iaitu bapa kepada Hjh Aminah merupakan seorang yang bengis dan memiliki kekuatan luarbiasa seperti mampu memikul kayu balak yang sebesar lima pemeluk serta mengerjakan sawah dua tiga ekar dalam masa sehari. Namun, Tok Aji berjaya juga melembutkan hati Wak Hasan dengan keperibadiannya yang lemah lembut di samping berkebolehan dalam meniup seruling sehinggakan burung-burung liar akan datang hinggap tanpa mengganggu tanaman di sawah padi.

Bersama Hjh Aminah, Tok Aji dikurniakan dua anak perempuan dan lima anak lelaki. Ayah 'ustaz' iaitu Dato Sati Daud adalah anak ke tiga. Dilahirkan kembar perempuan yang meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan. Tok Aji dkhabarkan tidak pernah memukul anak-anak kerana memiliki Ilmu Bisa Tangan. Pernah beliau menampar bendul rumah untuk melepaskan kemarahan kepada Dato Sati Daud yang menyebabkan bisul pada pelipat di bahagian betis meletup. Begitulah ilmu orang dahulukala. Apa yang saya difahamkan oleh orang-orang berilmu, ilmu bisa tangan ada yang berbentuk mentera dan ada yang berbentuk ayat yang dipetik dari Al Quran. Pernah saya mendengar sesiapa yang memiliki Ilmu Tampar Kali Maut akan menemui ajal bergantung kepada jalur jari yang melekat pada muka atau anggota badan musuh yang dipukul. Oleh kerana penawar bisa hanya ada pada yang memukul maka pada kebiasaannya orang yang memukul akan menghilangkan diri . Namun, tak dapatlah nak dipastikan secara terperinci mengenai ilmu ini kerana hanya diperturunkan secara lisan oleh generasi dahulukala.

Terdapat beberapa kelebihan yang ada pada Tok Aji seperti menampar perdu pokok kelapa lalu layu daun dan pucuknya serta gugur buah-buah selepas 3 hari dan akhirnya pokok tersebut reput seolah-olah hempulurnya dimakan anai-anai selepas tiga minggu. Di Indonesia, ketika Tok Aji bersama dua rakan beliau mencari rotan di hutan, salah seorang dari rakan beliau meninggal dunia kerana sakit perut. Ini menyebabkan rakan yang seorang lagi terpaksa balik dahulu untuk mencari bantuan. Sebagai langkah keselamatan serta mencegah jenazah dirasuki oleh gangguan makhluk halus maka jenazah tersebut telah diikat dengan rotan. Setelah malam tiba, jenazah tersebut dengan tiba-tiba bangun dan berjaya memutuskan ikatan rotan lalu menyerang Tok Aji. Maka bertahanlah Toj Aji seorang diri dengan bersenjatakan anak kayu hinggalah jenazah tersebut terlekat mencengkam pada pokok ketika menerkam beliau . Apabila orang kampung tiba bersama pemerintah Belanda, Tok Aji menceritakan pengalaman beliau sehingga menyebabkan jenazah tersebut terlekat di pokok dengan kesan-kesan dipukul. namun, pemerintah Belanda tidak menerima kisah tersebut. Demi mengelakkan dari ditangkap dan dibicarakan maka Tok Aji mengambil keputusan untuk berhijrah Malaysia dengan menuju ke Johor. Setelah berada di Johor, Tok Aji telah berkelana dan akhirnya menetap di Jelebu.

Terdapat juga kisah di mana Tok Aji yang lumpuh sebelah kaki mampu mengayuh basikal dari Jelebu ke Semenyih dalam masa 5 minit. Apa yang dimaklumkan kepada saya, Ilmu Lipat Bumi ini ada beberapa keadaan. Ada keadaan di mana orang yang mengalaminya akan tetap melalui semua jalan dan persimpangan sehinggalah ke destinasi. Cuma masa yang diambil amat singkat dari kebiasaan dan di luar jangkauan manusia biasa. Ada keadaan di mana orang yang mengalami tidak akan melalui jalan dan persimpangan tertentu yang menyebabkan perjalanan cepat dari biasa.Bertanya, merujuk dan menuntutlah pada guru yang alim dan warak..Jika ilmu yang tidak bertentangan dengan Allah, pada kebiasanya kejadian sebegini hanya diizinkan dan terjadi dalam keadaan memerlukan sahaja dan bukannya secara suka-suka..

Di samping itu terdapat peristiwa di mana cucunya iaitu Dato Sura Bin Hj Abdul Rashid mengikuti Tok Aji dalam keadaan tengah hujan lebat dan diarahkan memijak hanya pada jejaknya menyebabkan mereka tidak sedikit pun dibasahi hujan. Begitu juga ketika banjir melanda, ada kalangan murid Tok Aji yang melihat seolah-olah beliau berjalan di atas air seperti menyeberangi sebuah jambatan yang tak disinggahi air. Tok Aji juga pernah dilihat solat di masjid sedangkan ketika itu beliau sedang solat di hujung serambi rumah mereka kerana sedang uzur.

Ada kejadian di mana lembu yang hendak disembelih naik minyak lalu menanduk Tok Aji yang berjalan sambil memegang pelita hingga terhumban. Kemudian, secara tiba-tiba, kedengaran suara Tok Aji memanggil orang kampung agar segera sembelih lembu tersebut dalam keadaan Tok Aji memegang bahagian perut lembu. Setelah dilapah, didapati hati lembu tersebut hancur manakala Tok Aji tidak cedera.

Terdapat kitab sufi yang mengatakan waima jika seseorang itu mampu terbang di langit biru sekalipun, belum tentu ilmunya putih atau mengikut Al Quran dan Sunnah. Oleh itu, berhati-hatilah dalam menuntut ilmu yang secupak, jangan kerana cepat nak jadi segantang maka ajaran Islam dipinggirkan. Biar sedikit tetapi amalan itu berkekalan adalah lebih baik dari ilmu yang segunung tetapi tidak diamalkan..Lihat dan perhatikan amalan orang tersebut, ikutilah selagi tidak meninggalkan yang dituntut oleh agama serta tinggalkanlah jika melakukan perkara yang bertentangan dengan agama. Kisah Tok Aji ini dikongsi oleh 'ustaz' bagi menyedarkan kita anak bangsa bahawa musuh anak Adam itu jelas dan nyata. Oleh itu, janganlah leka dengan peredaran zaman tanpa memikirkan betapa terlalu banyak khazanah bangsa yang perlu dipelihara dan dipertahankan dan semestinya berlandaskan Al Quran dan Sunnah.


Begitulah antara kisah Tn Hj Ahmad Bin Hj Salim atau Tn Guru Mat Kampar serta lebih dikenali sebagai Tok Aji dalam siri Berkelahi Dengan Syaitan dan beliau meninggal dunia pada tahun 1939 ketika usia 86 tahun. Manakala, Hjh Aminah Bt Hasan iaitu isteri Tok Aji pula meninggal dunia pada tahun 1980an ketika berumur 92 tahun di Bukit Perah, Batu Kikir, Jempol. Dato Hj Sati Daud pula meninggal dunia pada 26 Mei 2003 ketika berusia 83 tahun. Beliau sempat membisikkan kepada 'ustaz' bahawa beliau akan meninggal dalam tempoh 10 hari dan ternyata kata-kata beliau itu benar. Al Fatihah kepada mereka yang telah terlebih dahulu meninggalkan kita.

 InsyaAllah, pada pertemuan akan datang saya akan berkongsi pendedahan oleh sahabat-sahabat Tok Awang Ngah yang mungkin belum ramai mengetahuinya. Sekali lagi, kisah yang dikongsi adalah berpandu kepada kisah hidup yang diceritakan oleh kenalan 'ustaz'. Tiada yang ditambah walau seinci mahupun dikurangkan walau seinci. Sekian sahajalah buat seketika, bertemu lagi di lain kesempatan, salam hormat dan penuh takzim.Wassalam.

16 comments:

  1. Terimakasih atas kesudian berkongsi maklumat ya sheikh..

    ReplyDelete
  2. Sama-sama tn. Semoga bertemu di laman Siapa Tok Awang Ngah 3. Salam perkenalan

    ReplyDelete
  3. Tahniah tuan... Dlm sibuk2 keje pun, blh luang masa buat research, cari maklumat dan mengarang... Hebat... Kut cukup bahan sok cubalah compile ke, x pun tulis cerita baru... Tahniah sekali lg...

    ReplyDelete
  4. Salam Maal Hijrah. Terima kasih di atas kesudian tuan mengunjungi dan menitipkan sepatah dua kata di blog saya. Harapan saya agar usaha yang sedikit ini bisa memberi iktibar, panduan serta pedoman bagi kita semua..Wasalam.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Salam Tuan. Terima kasih atas pandangan tuan. InsyaAllah, saya akan cuba kemukakan fakta yang menyokong pandangan saya pada bicara terakhir mengenai siapa insan di sebalik nama pena Tok Awang Ngah atau ustaz pada laman Siapa Tok Awang Ngah 3..Apa pun, niat asal saya hanya ingin berkongsi kisah tokoh tertentu. Saya amat mengalu-alukan pandangan dan teguran dari saudara sekalian seandainya terdapat sebarang kesilapan agar dapat diperbetulkan dengan sokongan fakta dalam semangat persaudaraan..Terima kasih tuan atas kesudian menitip pandangan..Salam perkenalan..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Salam Tuan Zairul. Sememangnya Saudara Abdul Latib Bin Ahmad bukanlah satu nama asing dalam dunia penulisan. Di antara karya beliau yang terkini adalah Pendekar Siamang Gagap. Khabarnya beliau menetap di Jelebu dan usaha sedang dijalankan untuk bertemu dengannya agar dapat berkongsi sesuatu yang boleh dijadikan sumber rujukan. Semoga tuan dan sahabat-sahabat di luar sana akan terus memberi pandangan terhadap penulisan saya. InsyaAllah selepas ini akan diketengahkan beberapa tokoh besar dalam dunia persilatan dan tarekat tasawuf yang masih belum dibongkar dan dipaparkan di mana-mana bahan rujukan buat pengetahuan kita bersama..Semoga bertemu di lain masa..Wassalam

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. salam, sy ada buku Tok awang ngah nk jual, berminat call la 017-3692985

    ReplyDelete
  11. bole beri tunjuk ajar ttg ilmu tan

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum, berminat dgn novel TAN, bleh beli dgn saya; wassap 0176443410

    ReplyDelete
  13. Bila sesuatu dirahsiakan, tetap akan menjadi satu rahsia. kita yang hidup, bila dibongkarkan rahsia seseorang yang sudah tiada, bermakna kita juga telah melanggar amanahnya. Suka saya terangkan, tuan-tuan yg membongkar kisah hidup TOK AWANG NGAH akan menjadikan seluruh keluarga TOK AWANG NGAH akan dicari kelak oleh sesetengah pihak satu hari nanti.Ini mnjadikan hak privasi keluarga TOK AWANG NGAH diceroboh.Mesti ada sebab mengapa TAN merahsiakan walaupun mereka yang menceritakan perihal TAN, brtujuan utk mndapatkan publisiti.Sekiranya gambar tersebut bkn TAN, tuan-tuan tidak fikir pula jika keluarga di gambaran tersebut akan saman tuan-tuan pula? Minat biar kena caranya. PRIVASI tetap PRIVASI...Fikir-fikirkanlah

    ReplyDelete
  14. http://andongmisnon.blogspot.my/2011/05/cakap-cakap-tentang-mistik.html

    ReplyDelete
  15. http://misjam.blogspot.my/2012/12/bajang-apa-dia-sebenarnya.html

    ReplyDelete
  16. Salam sy berminat nak beli buku TAN. Brp harga?
    Tq

    ReplyDelete